Tidak ramai yang tahu bahawa emas adalah salah satu alat kewangan yang digunakan oleh orang-orang kaya untuk mengekalkan dan memindahkan kekayaan mereka dari satu generasi ke generasi lain. Walaupun kelihatan mudah, menyimpan emas memerlukan pemahaman tentang cara dan masa yang sesuai untuk membeli.
Satu rahsia utama ialah membeli emas ketika harga turun dan menjual ketika harga naik. Namun, bagi mereka yang menyimpan emas sebagai pelaburan jangka panjang, naik turun harga bukanlah keutamaan. Sebaliknya, fokus adalah kepada pemeliharaan nilai kekayaan. Berbeza dengan pelaburan lain seperti saham atau hartanah yang mungkin memerlukan modal besar atau pengetahuan mendalam, emas boleh dimiliki sedikit demi sedikit.
Penyimpan emas juga lebih bersedia menghadapi kecemasan. Jika berlaku kehilangan pekerjaan, masalah kewangan atau keperluan perubatan, emas boleh dijual segera untuk mendapatkan wang tunai. Tambahan pula, menyimpan emas boleh dilakukan secara sistematik melalui pelan simpanan bulanan, seperti program ‘Gold Accumulation Plan’.
Orang yang bijak akan menyimpan emas bukan sekadar untuk keuntungan, tetapi untuk kestabilan masa depan. Jadi, jika anda mencari cara mudah dan berkesan untuk membina kekayaan secara berterusan, mulakan simpanan emas hari ini.
Noor Hamizah Sabki – PGOLD